Monday, July 28, 2008

CARA MENANGANI BEBELAN ISTERI

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang
suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh.


Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang m ema sak pun dia membebel,
sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak
juga membebel.


Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel.
Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si
suami mula meninggikan suara.


Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si
suami merasakan yang isterinya sudah melampau.


M ema ndangkan keadaan rumahtangga mereka s ema kin parah, si suami pun
mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu
kelakuan isterinya.


Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri
Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula
suara Saidina Umar membalas.


Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak
mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun
begitu, apatah lagi isteriku.


Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar m ema nggilnya dan
bertanya,


"Apa hajat kamu datang ke mari?"


Si suami tadi menjawab,


"Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu
pun berkelakuan demikian terhadapmu."


Saidina Umar tersenyum lalu berkata,


"Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia
telah m ema sak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga
anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah,
sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri)."


Begitulah kisahnya. Sebagai suami, kita perlu m ema inkan peranan "senyap"
sebagai reverse psychology dalam membentuk rumahtangga yang bahagia.


Ingatlah wahai suami. Senyap bukan bererti pengecut. Tidak menegur dengan
kata-kata juga tidak bererti penakut.


Isteri yang menjawab bukan isteri derhaka. Isteri yang m ema rahi suami juga
bukan dipanggil derhaka. Begitu juga jika berleter, membebel, emo,
merajuk, dan sebagainya, juga bukan derhaka.


Ingatlah wahai isteri. Suami adalah pemimpin, perlu dihormati. N amun suami
juga manusia, ada buat silap, ada nafsu, ada terpengaruh dengan hasutan
syaitan, dan sebagainya yang kadangkala perlu ditegur, dimarahi, mahu pun
dileteri.


Sebab itu, di belakang setiap lelaki yang berjaya adalah seorang perempuan
(isteri).


Wallahu a'lam.

No comments: