Monday, July 28, 2008

CARA MENANGANI BEBELAN ISTERI

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang
suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh.


Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang m ema sak pun dia membebel,
sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak
juga membebel.


Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel.
Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si
suami mula meninggikan suara.


Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si
suami merasakan yang isterinya sudah melampau.


M ema ndangkan keadaan rumahtangga mereka s ema kin parah, si suami pun
mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu
kelakuan isterinya.


Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri
Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula
suara Saidina Umar membalas.


Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak
mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun
begitu, apatah lagi isteriku.


Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar m ema nggilnya dan
bertanya,


"Apa hajat kamu datang ke mari?"


Si suami tadi menjawab,


"Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu
pun berkelakuan demikian terhadapmu."


Saidina Umar tersenyum lalu berkata,


"Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia
telah m ema sak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga
anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah,
sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri)."


Begitulah kisahnya. Sebagai suami, kita perlu m ema inkan peranan "senyap"
sebagai reverse psychology dalam membentuk rumahtangga yang bahagia.


Ingatlah wahai suami. Senyap bukan bererti pengecut. Tidak menegur dengan
kata-kata juga tidak bererti penakut.


Isteri yang menjawab bukan isteri derhaka. Isteri yang m ema rahi suami juga
bukan dipanggil derhaka. Begitu juga jika berleter, membebel, emo,
merajuk, dan sebagainya, juga bukan derhaka.


Ingatlah wahai isteri. Suami adalah pemimpin, perlu dihormati. N amun suami
juga manusia, ada buat silap, ada nafsu, ada terpengaruh dengan hasutan
syaitan, dan sebagainya yang kadangkala perlu ditegur, dimarahi, mahu pun
dileteri.


Sebab itu, di belakang setiap lelaki yang berjaya adalah seorang perempuan
(isteri).


Wallahu a'lam.

Friday, July 18, 2008

Mother, The Other Woman

After 21 years of marriage, my wife wanted me to take another woman out to dinner and a movie. She said, "I love you, but I know this other woman loves you and would love to spend some time with you."

The other woman that my wife wanted me to visit was my Mother, who has been a widow for 19 years, but the demands of my work and my three children had made it possible to visit her only occasionally.


That night I called to invite her to go out for dinner and a movie.
"What's wrong, are you well," she asked?
My Mother is the type of woman who suspects that a late night call or a surprise invitation is a sign of bad news.

"I thought that it would be pleasant to spend some time with you, "I responded "just the two of us." She thought about it for a moment, and then said, "I would like that very much."

That Friday after work, as I drove over to pick her up I was a bit nervous. When I arrived at her house, I noticed that she, too, seemed to be nervous about our date. She waited in the door with her coat on. She had curled her hair and was wearing the dress that she had worn to celebrate her last wedding anniversary.

She smiled from a face that was as radiant as an angel's. "I told my friends that I was going to go out with my son, and they were impressed," she said, as she got into the car. "They can't wait to hear about our meeting." We went to a restaurant that, although not elegant, was very nice and cozy. My Mother took my arm as if she were the First Lady.

After we sat down, I had to read the menu. Her eyes could only read large print. Half way through the entries, I lifted my eyes and saw Mother sitting there staring at me. A nostalgic smile was on her lips. "It was I who used to have to read the menu when you were small, "she said.

"Then it's time that you relax and let me return the favor," I responded. During the dinner, we had an agreeable conversation nothing extraordinary but catching up on recent events of each other's life. We talked so much that we missed the movie. As we arrived at her house later, she said, "I'll go out with you again, but only if you let me invite you."
I agreed.

"How was your dinner date?" asked my wife when I got home. "Very nice, Much more so than I could have imagined," I answered.

A few days later, my Mother died of a massive heart attack. It happened so suddenly that I didn't have a chance to do anything for her. Some time later, I received an envelope with a copy of a restaurant receipt from the same place Mother and I had dined. An attached note said: "I paid this bill in advance. I wasn't sure that I could be there; but nevertheless, I paid for two plates - one for you and the other for your wife. You will never know what that night meant for me. I love you, son."

At that moment, I understood the importance of saying in time: "I love YOU" and to give our loved ones the time that they deserve.
Nothing in life is more important than your family. Give them the time they deserve, because these things cannot be put off till "some other time."
"Your Heaven lies under the feet of your mother"
Somebody said it takes about six weeks to get back to normal after you've had a baby ....
somebody doesn't know that once you're a Mother, "normal" is history.

Somebody said you can't love the second child as much as you love the first ....
somebody doesn't have two or more children.

Somebody said the hardest part of being a Mother is labor and delivery ....
somebody never watched her "baby" get on the bus for the first day
of kindergarten or on a plane headed for military "boot camp."

Somebody said a Mother can stop worrying after her child gets married ...
somebody doesn't know that marriage adds a new son or daughter-in- law to a Mother's heartstrings.

Somebody said a Mother's job is done when her last child leaves home .... somebody never had grandchildren.

Somebody said your Mother knows you love her, so you don't need to tell her ....
somebody isn't a Mother.

Watch your Thoughts, they become words.
Watch your words, they become actions.
Watch your actions, they become habits.
Watch your Habits, they become character.
Watch your Character, for it becomes your Destiny...

Airport mano nih?

Jika Isteri Anda Sakit

Yang dimuliakan,
Suami-suami yang berada di depan komputer...
Isteri pun boleh baca)

Di satu petang, kita balik dari pejabat dengan hati yang penuh harapan,harapan disambut oleh isteri dan anak-anak di depan pintu. Pintu diketuk dan salam diberi. Apabila pintu dibuka, hanya anak sahaja yang menjawab salam. Bagi anak perempuan kita cium pipinya dan anak lelaki pula kita usap kepalanya.


Kebiasaannya, emak mereka juga akan menyambut dengan tersenyum simpul.Tetapi tiada pada petang ini. Kita pun terus ke bilik study untuk meletakkan brief case kita. Kita ke bilik tidur dan dapati isteri kita terbaring berselimut atau yang serupa dengan itu.

Kita pun bertanya, "Sakit ke?"...Isteri kita diam aje dengan wajah yang menggambarkan dia memang sakit. Kita pun terus ke dapur bancuh minuman sendiri dan dan minum depan TV. Lima minit kemudian isteri kita turun dan terus ke dapur menyediakan makanan untuk malam. Disebabkan kita nampak dia boleh ke dapur dan sediakan makanan maka kita pun terus ke bilik study sambung kerja pejabat atau keluar rumah untuk bermain badminton atau jogging. Dalam hati kita berkata,'isteri tu taklah teruk sangat sakitnya, sebab nampak dia boleh berjalan ke dapur'.

Cuba kita selami, apa pula hati isteri kita berkata. Alhamdulillah, Abang dah balik, nanti nak ajak abang ke klinik jumpa doktor dan ambil ubat. Badan ni tak larat nak bangun. nanti dia naik ke bilik baru nak bersiap tukar pakaian ke klinik." Abang pun tanya, "Sakit ke?" Dalam hatinya," Hai takkan tak nampak orang tengah sakit ni, tanya pulak. Tengok tu, dia buat tak peduli aje.. tengok TV pulak...sepatutnya ajaklah ke klinik......" Sambil turun ke dapur hatinya berkata, "Orang sakit, dia bukan peduli, tapi kalau dia yang sakit, macam-macamlah dia suruh kita buat untuk dia. Menyampah..nanti kita dah tak bangun sangat, baru terhegeh-hegeh nak tolong usung ke klinik."

Maka diusahakan juga ke dapur walaupun dirinya sakit,untuk berbakti pada anak-anaknya. Suami-suami yang dimuliakan, isteri kita mempunyai jiwa 'anak kecil' apabila dia terkena demam, sakit kepala dan sebagainya dan lebih-lebih lagi "pening-pening- morning sickness".

Walaupun sakitnya itu tidak seberapa pada pandangan kita, tetapi sangat besar ertinya di sisi mereka. Mereka memerlukan kita membelai mereka sebagaimana doktor membelai pesakitnya yang datang mengadu sakit minta diubati. Mereka tidak minta di belai berjam-jam. Kalau lebihpun, hanya lebih sikit daripada doktor aje. TAK SAMPAI LIMA MINIT PUN.

Kita kena jadi doktor yang pertama dulu. Bila nampak dia terbaring atau duduk yang menggambarkan dia sedang sakit. Maka, hendaklah terus mengadapnya sebaik saja kita masuk ke rumah. . Bila tanya pada anak,"Emak mana?" Anak jawab, "Dalam bilik ". Maka kita hendaklah terus ke bilik dengan beg brief case sekali. Dan belailah bagaimana doktor membelai pesakitnya. Dapatkan suhu badannya walaupun dia tak demam - letaklah tangan di dahinya atau tengkoknya.

Peganglah lengannya untuk mengira denyutan jantungnya walaupun kita tak tahu kadar yang menunjukkan dia tu memang sakit. Dengarlah bunyi paru-parunya bila dia bernafas dengan meletakkan tapak tangan kita di belakangnya dan urut sedikit walaupun kita tidak menggunakan alat yang doktor guna itu.

Sentuhan-sentuhan begini sudah cukup untuk menyembuh psikologinya. Tanyalah dia bila dia kena demam...dsb supaya dia luahkan penyakit psikologinya dulu dengan menceritakan puncanya dan offer cepat-cepat nak bawa ke klinik agar dia boleh berfikir dan menilai tahap sakitnya sama ada berbalui untuk di bawa ke klinik.Sebab kekuatan psikologinya telah diperolehinya dari "doktor yang disayangi"ini.Tidak perlu lagi dari doktor perubatan yang lain.

Biasanya dia akan kata, "Tak apalah bang, demam ni sikit aje, ....." Jika ini jawapannya, maka Alhamdulillah, ini bermakna hati dan jiwanya telah puas dan kuat dengan belaian kita dan dia REDHA akan demamnya itu.

Selamat mencuba!

Thursday, July 17, 2008

ADAM & WALKERNYE



Baru bangun tido pun nak naik walker

ADAM - 1ST TIME DAPAT WALKER

Monday, July 14, 2008

Adam CUTE


Tuesday, July 1, 2008

Adam dengan teddy bearnye sambil isap jari







Adam tak abis-abis isap jari

Sunday, June 29, 2008

Baby Adam - 5 Bulan 7.1kg




UNTUK MEREKA YANG ADA ANAK Kecil...masih belum terlewat utk mengubahnya...

UNTUK MEREKA YANG ADA ANAK Kecil...masih belum terlewat utk mengubahnya. ..
Kenapa suka cium anak?

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.


Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.
Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail .

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab...

Baby Adam dok meniarap



Sunday, May 4, 2008

Thursday, May 1, 2008

mmhhh,,,,




Wednesday, April 30, 2008

Rahsia Pemakanan Cendekiawan Islam

Seperti yang kita sedia maklum,makanan merupakan faktor paling penting bukan sahaja kepada kesihatan tubuh badan malah lebih utama kepada kecerdasan otak. Ramai percaya bahawa terdapat sesetengah makanan yang boleh membantu menguatkan daya ingatan dan menjadikan minda serta fikiran kita lebih cerdas.Malah, cendekiawan-cendekiawan Islam silam juga mempunyai rahsia dan formula makanan mereka tersendiri dan terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab.Namun, sejak beberapa abad kebelakangan ini, rahsia pemakanan cendekiawan Islam yang tesembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam lain ini cuba diketengahkan kembali. Berikut adaklah formula pemakanan genius-genius Islam yang terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

MADU
Madu adalah makanan yang amat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafnya sebagai “shifa” iaitu penyembuh penyakit.
Manisan madu digelar Raja Ubat dan dapat menyembuh kebanyakan penyakit.
Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya dan mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein antiseptik, dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental yang mana ia boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca, merancang, dan bermesyuarat.

KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.-Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, serta lemah fikiran.

SUSU SEGAR
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.-Mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak, dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.-Merupakan makanan yanag paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh badan iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air.-Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.-Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.
Pakar kesihatan mengakui telur merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat.
Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan ekstraktif.
Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.
Telur yang terbaik ialah telur ayam kampong dan masih baru.

HALIA
Ia sangat mujarab untuk mengelak sering lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.
Limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

DAGING BURUNG MERPATI
Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif unuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.
Kanak kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasannya

DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.
Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.

DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan menghafal.

HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.
Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak dan ia juga mengandungi nilai protein yang tinggi.

BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

KEMENYAN PUTIH (Kemenyan Serani/Luban/Kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gulaBUNGA KUBIS
Terdapat sejenis asid amino di dalam sayuran ini yang mampu menguatkan tenaga mental.

BUNGA CENGKIH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja. Ia berguna untuk merangsang kecergasan minda dan memberi lebih tenaga untuk badan.

LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Disarankan untuk memasukkan labu dalam sebarang masakan sup kerana ia mampu menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil. Melancarkan peredaran darah ke bahagian otak serta menguatkan memori.

SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR
Membantu meningkatkan kekuatan akal dan memori.

Sumber : Majalah estidotmy keluaran Mac 2007 Ruangan Fakta Menarik

Sunday, April 27, 2008

Tuesday, April 22, 2008

Inikah Jejaka Kacak Yang Perlu Ku Cari?

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya". Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata: "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk kesyurga!" Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat." "Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkardan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga. Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Wallaua'lam Renung-renungkanlah

Monday, April 21, 2008

Thursday, April 17, 2008

Thursday, April 10, 2008

Sayangkah Anda Pada Ibu Anda?

Renungkanlah wahai kawan ku.
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel. aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku .ibu
Bila merajuk. yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan. yang paling cepat marah..ibu
Bila takut. yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk. yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon. Ibu
Bila seronok. orang pertama aku nak beritahu.Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang pa lin g risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang pa lin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang pa lin g risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok. aku cari pasanganku
Bila sedih. aku cari Ibu
Bila berjaya. aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal. aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti. aku bawa pasanganku
Bila sibuk. aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu.aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu ... aku ingat pasanganku
Selalu. Ibu ingat kat aku
Bila..bila. aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. .aku nak talipon Ibu
Selalu .aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah....."

BABY ADAM WUZ HERE IN DAMANSARA PERDANA






Eh. eh,,, ok lah pulak baby nih. saje ye nak dapatkan perhatian umi & abah ye... busyuk2 baby nih. isn't he's sooo cute?




Nangis la pulak baby nih, sampai nampak anak tekak baby, kesiannye...




Sunday, April 6, 2008

IT SUPPORT

Dear IT Support,

Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a slow down in the overall performance, particularly in the flower, gifts and jewellery applications that had operated flawlessly under Boyfriend 5.0.

In addition, Husband 1.0 un-installed many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, but installed undesirable programs such as Formula One 5.0, NBA 3.0 and World Cup 2.0.

And now Conversation 8.0 no longer runs and House Cleaning 2.6 simply crashes the system. I've tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.

What can I do?

Signed,
Desperate Housewife

------------
REPLY:

Dear Desperate Housewife,

First keep in mind:

Boyfriend 5.0 is an entertainment package, while Husband 1.0 is an operating system.

Try entering the command C: I THOUGHT YOU LOVED ME and download Tears 6.2 to install Guilt 3.0.

If all works as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5.

But remember, overuse can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence 2.5 or Late Night Teh Tarik 6.1.

Late Night 6.1 is a very bad program that will create SnoringLoudly. wav files.

Whatever you do, DO NOT install Mother-in-Law 1.0 or reinstall another Boyfriend program. These are not supported applications and will crash Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have a limited memory and cannot learn new applications quickly.

You might consider additional software to improve memory and performance. I personally recommend Hot Tasty Food 3.0 and Tongkat Ali 6.9.

Good Luck,
IT Support

--------
MORAL: Tahukah anda makna IT? Ianya bermaksud Ibu Tunggal. Dalam bahasa Inggeris ia bermaksud Information Technology. Perasaan suami tidak serupa dengan perisian komputer atau cara mengendalikan komputer. Jika dianggap sama mungkin akan jadi IT. Sekadar renungan.
KUALA LUMPUR: Lambakan pelbagai jenis gula-gula jeli dan getah pelbagai warna serta bentuk yang diimport mencetuskan keresahan pengguna Islam berikutan 80 peratus dihasilkan daripada gelatin babi.

Gula-gula terbabit yang dijual berleluasa di kedai runcit dan pusat beli-belah dikesan tidak mempunyai logo halal, termasuk daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dakwaan mengaitkan gula-gula terbabit dengan penggunaan gelatin daripada kulit atau tulang babi diperkuatkan lagi apabila pengedar atau pengilang sengaja tidak menyenaraikan kandungan bahan gelatin digunakan pada bungkusan.

Sehingga kini, lebih 50 jenis gula-gula jeli dan getah yang berbentuk menarik untuk memikat pengguna cilik diragui statusnya berada di pasaran, lantaran sikap pengimport dan pengedar yang berdiam diri berhubung status halal.
Tinjauan Harian Metro mendapati gula-gula itu yang dijual sama ada secara timbang atau dalam peket plastik kecil menarik perhatian kanak-kanak berikutan bentuknya seperti buah-buahan, binatang dan kuih.

Malah, harganya semurah 20 sen hingga RM1 sebungkus menyebabkan kanak-kanak menjadi ketagih membelinya setiap hari.

Seorang pengadu, Iylia Hani Talib, 24, berkata kewujudan gula-gula terbabit yang mudah dibeli di kedai runcit atau pasar raya mula menimbulkan keraguan apabila kerap dibeli dan dimakan rakannya.

Menurutnya, walaupun tidak mempunyai pengetahuan khusus mengenai proses pembuatan gula-gula terbabit, dia mendapat tahu ia memerlukan gelatin sebagai bahan asas utama.

"Mulanya saya turut sama menjamah gula-gula getah itu, namun selepas mendapati ia tidak mempunyai logo halal, saya mula was-was.

"Selepas bertanya rakan yang bertugas di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), saya yakin produk terbabit yang dipasarkan tanpa logo halal dikhuatiri mengandungi gelatin tetapi dibungkus dengan pembalut yang tidak menyatakan kandungan sebenar bagi mengelirukan umat Islam.

"Ada kemungkinan pengusaha makanan ringan asing dan tempatan berpakat merahsiakan kandungan tepat ramuan gelatin yang digunakan kerana tidak mahu produk mereka dipulau pengguna Islam.

"Tindakan pengusaha terbabit nyata tidak bertanggungjawab kerana menyembunyikan sesuatu yang sepatutnya diketahui umum bahan yang digunakan itu tidak halal," katanya.

Kata Iylia, dia mengesyaki gelatin gula-gula itu tidak diproses mengikut kaedah dibenarkan syariat Islam, apatah lagi makanan itu dikeluarkan pengusaha asing yang pasti tidak menitikberatkan soal halal haram.

Dia berkata, penggunaan gelatin dalam makanan terbabit harus dilabelkan untuk memudahkan pengguna, terutama orang Islam mengetahui sama ada makanan itu halal atau haram.

"Lebih mengecewakan mungkin ada pihak yang sengaja menipu fakta kandungan atau langsung tidak meletakkannya untuk menipu orang ramai," katanya.

Mengulas hal itu, Pengurus Pemasaran Kumpulan Halagel (M) Sdn Bhd, Muhammad Azhar Abdullah, 33, berkata kebimbangan orang ramai terhadap gula-gula diperbuat daripada gelatin babi berasas berikutan sumber gelatin babi (porcine) lebih murah dan menjadi pilihan utama pengilang gula-gula di luar negara, terutama di China.

Menurutnya, gelatin digunakan sebagai ejen penstabil, penebal, pembuih, pelekat dan pengikat.

Malah, boleh dikatakan tanpa penggunaan bahan ini, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.

"Melalui pengalaman lebih 10 tahun, kebanyakan jenis gelatin yang digunakan pengusaha makanan ringan di luar negara diperbuat daripada najis mughallazah seperti tulang dan lemak babi atau lemak lembu yang tidak disembelih mengikut syariat Islam.

"Hanya segelintir pengilang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan gelatin bovine (lembu, kerbau atau kambing) selain gelatin tumbuh-tumbuhan (pectin) untuk dijadikan bahan asas gula-gula," katanya.

Namun menurutnya, tidak semua gelatin bovine benar-benar halal berikutan sumber ternakan seperti lembu atau kambing digunakan dibimbangi tidak disembelih mengikut hukum syarak.

"Melalui lawatan ke kilang menghasilkan gelatin di China sebelum ini, 70 hingga 80 peratus syarikat di sana mengeluarkan gelatin porcine. Malah ada syarikat yang menghasilkan gelatin porcine dan bovine dalam kilang sama.

"Keadaan ini menyebabkan syarikat kami mengimport gelatin halal dari Pakistan yang lebih diyakini berikutan sumber binatang halal disembelih," katanya yang amat meragui gula-gula getah dari China kerana kebanyakan pengilangnya mendapatkan sumber daripada pengusaha gelatin tempatan.

Selain itu, kata Azhar, dia meragui gelatin dalam bentuk blok yang kerap digunakan syarikat menghasilkan kek.

"Mengikut maklumat, gelatin blok berwarna putih jernih adalah dihasilkan daripada sumber babi manakala gelatin berwarna kuning dihasilkan daripada lembu atau kambing," katanya.

Azhar berkata, masalah berhubung produk yang haram dimakan dapat diatasi jika masyarakat lebih peka dan hanya memilih produk yang mempunyai logo halal Jakim.

Baby Adam still kat Kubang Kerian










Baby Adam kena Jaundice !! Syian dia


Masa nih baby Adam kena Jaundice after 5 days umi lahirkan baby. Kesian tengok muka baby, masa umi pegi jenguk baby dalam incubator di NICU HUSM semua baby2 yang ada kat situ tgh menangis, meraung tak ingat dunia. tak de nurse pun yang attend diaorang. Ye lah, mak2 nye semua dalam pantang lagi, kena tinggalkan baby kat sana. Umi tengok baby Adam kena tutup mata & menangis sampai terketar2... Mujur umi datang kejap jenguk baby sambil bagi susu. tengok lah muka baby yg cute tapi sayu je pandang umi. petang tuh dah boleh keluardah, jaundice tak teruk sgt. Maybe sebab makan ubat homeopathy & mandi dengan ubat cina cabang yg tok umi belikan,,, heheheh






ni lah Dr. Lo'Lo' yang lahirkan baby. Dr. dah jadi MP Titiwangsa sekarang nih.

Thursday, April 3, 2008


beshnye baby tengah tido. nih baby Adam umur 5 hari je baru...

same la,,, peliknye muka, effect from vacuumed. syian baby sebab umi tak pandai push

birth of me!! -

im the first child of my ummi & abah. its been 8 hours since umi felt the first contraction on dat Thaipusam's morning,, heheheh... what a coincidence. Actually umi tak rasa pun nak beranak, dah pegi checkup kat KOHILAL Taman Melawati, to Gynae Dr Lo'Lo' Datuk Ghazali ( She's PAS MP's ) now. WOW! . She advice umi to admit into the labour room cuz dah terbuka jalannya about 4 cm. Amazing, Subhanallah cuz umi tak rasa sakit apa-apa pun masa check up tu.

Then, enter the labour room, aunty nurse tu masukkan drip untuk force for labour, half an hour pastu umi rasa dah rasa sakit berdenyut2 contractionnye. sakitnya Masya Allah, dalam setengah jam, pastu sakit pulak. Abah Adam dah mintak izin nak balik rumah, mandi & ambik barang2 baby. Umi bagi tau cepatlah sikit, umi takut tinggal sorang2 kat dalam labour room even ada nurses pun. Sakitnya Ya Allah, kalau umi tahu sakit mcm nih nak bersalin, umi tak nak bergaduh dengan Tok Ummi, ataupun tak dengar cakap dia. Susahnya Ya Allah nak lahirkan seorang anak.

Umi dah tak tahan dah sakit, pukul 1 , aunty nurse hantar lunch, ikan bakar & ulam. umi makan sikit, pastu half an hour dia masuk balik. nak pecahkan air ketuban. aunty nurse guna satu instrument yg panjang, sakitnya la... then air tu pun keluar. rasa lega sikit. contraction makin lama makin kuat. abah baby tak sampai2 lagi. macam mana nih. umi dah rasa sakit sgt, dah menangis keluar air mata. tak ada org dengan umi, umi sorang2 je. umi tak sanggup nak hadapi nih sorang.

first day of blogging


First day hari nih ummi try to set up blog untuk anak umi yg tersayang Muhammad Adam Haziq. Hopefully blog ni akan menjadi satu catatan perjalanan hidup umi, abah & baby adam just to share anythin. ' Isn't he's cute? Umi & abah love you so much.